Sabtu, 9 Januari 2010

Warna dalam landskap

“Hasil gabungan dan susunan tanaman mengikut reka bentuk melalui prinsip landskap bukan saja mencantikkan pemandangan malah menambahkan nilai estetik halaman rumah dan kawasan sekeliling.

“Prinsip landskap merangkumi enam prinsip iaitu ukuran, keringkasan, kepelbagaian, turutan, keseimbangan dan ulangan yang digunakan sebagai panduan apabila membina landskap di halaman rumah.


LAMAN yang terhad bukan alasan tidak membina lanskap.

Beliau berkata, sebagai contoh, halaman rumahnya yang terletak di Bandar Utama, Petaling Jaya, hanya mempunyai keluasan terhad iaitu enam meter lebar dan enam meter panjang.

“Apa perlu dilakukan ialah mewujudkan landskap yang sesuai supaya tidak berserabut. Selepas seharian bekerja, saya perlu menenangkan fikiran. Jadi saya memilih landskap mempunyai unsur tropika kerana ia dekat dengan jiwa.

Ditambah pula dengan unsur air, dapat menghapuskan ketegangan,” katanya.

Beliau berkata, rumah yang mempunyai ruang sempit eloklah ditanam dengan pokok berdaun kecil dan berbunga sederhana.

Warna juga memberi impak kepada ruang kerana terlalu banyak warna gelap iaitu dipenuhi banyak pokok jenis berdaun, akan kelihatan sempit jika dibandingkan ruang yang ditanam dengan tanaman berwarna cerah.

Selain itu, katanya, susunan landskap yang mengikut turutan jarak akan menimbulkan suasana harmoni kerana jika tanaman bertekstur kasar dan halus digunakan, ia akan menampakkan kawasan lebih luas.

Dalam pemilihan warna, bahagian belakang mestilah menggunakan tanaman berwarna cerah daripada kawasan tengah dan hadapan bagi memperlihatkan suasana teratur.

“Bagi mengelakkan rasa bosan, prinsip kepelbagaian digunakan membabitkan bentuk, tekstur dan warna dengan menggabungkan tiga unsur reka bentuk. “Untuk menghidupkan suasana lebih dinamik, prinsip ulangan digunakan dengan menanam tanaman jenis yang sama,” katanya.

Beliau berkata, penggunaan batu kuari berwarna putih berfungsi membina garisan dalam unsur reka bentuk yang digunakannya untuk tempat berjalan kaki bagi melembutkan garisan dalam landskap dan sebagai terapi kaki.

Maznah berkata, kos bagi membina sebuah landskap bergantung kepada keluasan dan jenis tumbuhan yang di ingini. Jika pandai mengubah suai ruang dengan jenis tumbuhan ia boleh direalisasikan dengan kos serendah RM1,000.

INFO
Tips membina landskap

Pastikan arah cahaya matahari kerana sesetengah tumbuhan memerlukan cahaya matahari yang banyak.

Sebelum membina landskap tentukan konsep yang diingini.

Tentukan fungsi landskap itu sama ada untuk hiasan atau untuk dijadikan ruang bersantai bersama keluarga.

Pastikan pokok yang dipilih ber sesuaian kerana jika salah kombinasi boleh mencacatkan peman dangan.

Tiga bulan pertama, pastikan tumbuhan dijaga dengan baik kerana ia perlukan masa untuk sesuaikan dengan keadaan baru.

baca lagi
http://www.wanitakini.org/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan